Home Sukan SENSASI BADMINTON TAIWAN UMUM BERSARA

SENSASI BADMINTON TAIWAN UMUM BERSARA

356
0

TAIPEI: Memetik laporan AFP menerusi Harian Metro, bintang badminton Taiwan dan pemenang pingat perak Olimpik, Tai Tzu-ying mengumumkan persaraannya, menyatakan bahawa era dirinya sudah berakhir, tetapi berharap semangatnya akan terus bersama peminat.

“Satu bab yang indah kini sudah berakhir. Terima kasih sukan badminton atas segala yang diberikan kepada saya,” kata Tzu-ying, 31, dalam satu hantaran di Facebook.

Dilahirkan di bandar Kaohsiung, selatan Taiwan, Tzu-ying menghadapi masalah kecederaan sejak tahun lalu dan tidak mampu kembali beraksi.

Juara tiga kali di Seluruh England dan Kejohanan Badminton Asia itu mengimbas kembali kekalahannya di peringkat kumpulan Sukan Olimpik Paris tahun lalu, yang disifatkannya sebagai detik paling sukar dalam kariernya.

“Sebelum Olimpik, saya tidak pasti sama ada kaki yang cedera membolehkan saya bertanding, tetapi saya berikan segalanya.

“Orang lain tidak berputus asa dengan saya, jadi saya juga tidak boleh berputus asa dengan diri sendiri.

“Saya tidak dapat menamatkan karier seperti yang diharapkan, dan mengambil masa untuk saya menerima kenyataan ini,” tulisnya.

Tzu-ying menambah, dia menjalani pembedahan dan pemulihan yang agak panjang pada kedua-dua kaki, sambil mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong proses pemulihannya.

“Saya belum putuskan apa yang akan dilakukan selepas ini, tapi buat masa ini, saya ingin menikmati hidup tanpa mahu mendengar bunyi jam loceng,” katanya. – AFP, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here