Home Buletin Semasa SELESAIKAN ISU AIR SECARA BAIK

SELESAIKAN ISU AIR SECARA BAIK

185
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan Imedikel TV

KOTA BHARU: Tular di media sosial di mana kaunter Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) jajahan Pasir Mas, kosong walaupun waktu pejabat sudah bermula.

Pemilik akaun Facebook tersebut, Mohd Hanif, 33, dari Kampung Gual Nibong, Gual Periok, di Rantau Panjang, di sini, berkata isu air di tempatnya sudah berlarutan sejak seminggu lalu menyebabkan dia ke pejabat AKSB di situ, namun hampa.

“Dia isu air ni dah lama, dekat seminggu dekat kawasan saya tu, jadi saya pun buat report pada Khamis minggu lepas pada jam 8.30 pagi, saya dah whatsapp dan dah dapat nombor report semua sekali, hari Ahad belum selesai. Jadi pagi hari kejadian sebelum saya ke AKSB saya ada hubungi pihak sana tapi tidak menerima sebarang maklum balas.

“Apabila saya sampai di sana, lebih kurang jam 9.00 pagi, saya nampak ada seorang pakcik tu dah tunggu sebelum saya. Kat pintu dia letak tanda tutup, tapi kat dalam lampu menyala, kasut pun ada sepasang, tapi pakcik tu dah balik sebab dia ada kerja lain,”katanya ketika dihubungi pemberita.

Katanya dia menunggu hampir 10 minit sebelum seorang staf keluar dan memaklumkan staf di kaunter cuti dan dia tidak boleh memeriksa laporan berkenaan isu air tersebut.

“Saya memang kecewa lah dengan perkhidmatan, mana boleh dia tinggal kaunter tu kosong dan letak di depan pintu tu tutup, signboard tutup kalau ada orang kampung datang untuk mengadu masalah atau nak bayar bil dia tengok depan tu tulis tutup dia balik lah, padahal kat dalam tu ada staf, datang jauh tapi tak boleh buat urusan, kesian lah.

“Walaupun kecemasan macam mana pun sepatutnya kena ada staf situ, tak boleh biar kosong macam tu,”katanya.

Katanya, bukan dia sahaja yang membuat aduan atau laporan mengenai masalah air di kawasannya, tetapi ada juga beberapa penduduk yang sudah membuat aduan tetapi tiada sebarang tindakan diambil.

Menurut Hanif, selepas kejadian tular itu dia dimaklumkan melalui whatsapp daripada seorang kawan mengenai maklum balas daripada pihak AKSB

“Maklum balas langsung daripada pihak AKSB tiada, saya cuma dapat whatsapp daripada kawan dia pun tak tahu dia ambil daripada mana jawapan balas tu saya dapat petang kelmarin, lepas tu pagi semalam saya baca yang Nik Amar jawab la isu tu.

“Cuma jawapan langsung daripada AKSB hantar whatsapp atau hubungi saya tak adalah maklum balas lepas viral, maknanya statement daripada Datuk Nik Amar pun, hanya dengar sebelah pihak AKSB, tanpa jumpa saya tanya apa yang berlaku sebenarnya,”katanya.

Bagaimanapun, sebagai rakyat Kelantan, dia juga berharap isu air dapat diselesaikan dengan baik

“Saya sama macam rakyat lain, biasa mengahrapkan sesuatu benda tu ada perubahan sebab ini isu penting rakyat, isu air ni dah lama di Kelantan, jalankan tugas dengan bertanggungjawab dan berdisiplin. Kalau ada teguran atau kritikan cuba perbaiki.

“Apapun alasan keperluan rakyat, kerajaan perlu pentingkan isu rakyat. Rakyat pun bukan nak duit banyak, Cuma keperluan asas mereka seharian, tiada masalah, mereka boleh hidup macam biasa, itu dah cukup baik,” katanya.

Bagaimanapun, memetik laporan Berita Harian semalam Timbalan Menteri Besar, Timbalan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengakui terkejut dengan dakwaan itu dan beliau menjawab perkara itu, kakitangan AKSB sudah ada dan ketika itu dia pergi ke tandas sebelum datang semula ke kaunter pada 9.30 pagi.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here