Home Buletin Semasa SAMBUT DEEPAVALI KUMPUL KELUARGA, RAI BERSAMA IBU

SAMBUT DEEPAVALI KUMPUL KELUARGA, RAI BERSAMA IBU

Oleh: Afrizam Arif, Wartawan I medikel TV

KOTA BHARU: Teruja meraikan Hari Deepavali bersama ahli keluarga, S. Ravamah, 85 yang tinggal di Cabang Berlian Lundang bukan sahaja bersiap sejak semalam, malah hari ini dia bergembira bersama 25 ahli keluarga termasuk anak-anak dan cucu.

Ravamah berkata biarpun di Kelantan tidak ramai kaum India, namun suasana meriah tetap dirasai pada sambutan Hari Deepavali, semalam.

“Sudah sebulan saya menyediakan maruku dan kuih manisan untuk dijadikan juadah pada sambutan semalam.

“Bagi masakan lain, kami sediakan sejak semalam dan malam tadi antaranya, kari ayam, kambing, putu mayam, tosei, kuih-muih dan semua jenis manisan,” katanya.

Menurutnya semua ahli berkumpul di rumahnya untuk mengadakan upacara sembahyang dan mereka juga turut membuat ‘kolam’ Deepavali sebagai tanda kegembiraan dan pesta cahaya.

“Sudah pasti kawan-kawan kami adalah Melayu, kami bercakap pun guna dialek Kelantan dan kaum Cina juga akan kunjung-mengunjungi bermula 12 tengahari, semalam.

“Ramai juga yang dari daerah lain datang ke Kota Bharu bagi meraikan perayaan semalam kerana pada masa inilah kita boleh merapatkan hubungan antara sama lain,” katanya.

I Medikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here