Home Sukan SALAH DIHARAP MAMPU UBAH NASIB LIVERPOOL

SALAH DIHARAP MAMPU UBAH NASIB LIVERPOOL

190
0

LIVERPOOL: Mohamed Salah kembali ke Liverpool selepas aksi cemerlang di Piala Negara-Negara Afrika (AFCON), membawa harapan untuk mengembalikan momentum pasukan selepas prestasi hambar sepanjang ketiadaannya.

Sejak berlepas ke AFCON, Liverpool mencatat empat seri daripada lima perlawanan tahun ini, dengan satu-satunya kemenangan hadir ketika menentang Barnsley di Piala FA.

Pengendalinya, Arne Slot mengakui pasukannya mampu bertahan dan mencipta peluang, tetapi tiada penyerang utama untuk menukar peluang itu kepada gol.

Kehadiran Salah yang menjaringkan empat gol di AFCON dijangka menutup kekosongan itu.

Slot berkata: “Saya benar-benar gembira dan senang dia kembali. Dalam ketiadaannya, kami cukup baik daripada segi pertahanan dan mula mencipta lebih banyak peluang.

“Jika anda mencipta lebih banyak peluang, adalah sangat membantu mempunyai Mohamed Salah.

“Hanya satu pemain (hidup atau mati) yang menjaringkan lebih banyak gol untuk kelab ini, tetapi saya tidak fikir saya boleh menurunkan Ian Rush lagi! Maka memang sangat membantu untuk ada dia kembali.

“Dia pergi ke AFCON, buat apa yang biasanya dia lakukan dan menjaringkan gol. Malangnya Mesir tidak menang, dan kini dia kembali bersama kami.”

Liverpool kini menghadapi ujian getir di Velodrome menentang Marseille, di mana kemenangan akan menjadi langkah besar untuk layak ke 16 terakhir Liga Juara-Juara.

Ibrahima Konate tidak terbang bersama skuad kerana urusan keluarga tetapi mungkin menyertai mereka pada hari perlawanan.

Dominik Szoboszlai pula sedang dalam rundingan kontrak baharu dan dijangka menjadi calon kapten masa depan di Anfield.

Slot turut menepis khabar angin yang mengatakan Xabi Alonso berminat mengambil alih jawatannya di Liverpool. – AGENSI, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here