Home Sukan SALAH CATAT REKOD BAHARU LIVERPOOL

SALAH CATAT REKOD BAHARU LIVERPOOL

LIVERPOOL: Mohamed Salah melebarkan rekod jaringannya di Anfield dengan meledak dua gol ketika kemenangan 3-0 ke atas Brentford.

Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Pemain Mesir itu mengumpul 12 gol musim ini, sembilan daripadanya di Anfield, yang membolehkan Liverpool meneruskan rekod sempurna mereka di laman sendiri.

Sembilan daripada gol Salah hasil umpanan Darwin Nunez dan pemain Uruguay itu membantu memecah kebuntuan pada minit ke-39 selepas jaringannya dibatalkan. Dua kali Nunez menjaringkan gol tetapi dibatalkan kerana ofsaid.

Salah adalah pemain pertama menjaringkan gol dalam enam perlawanan pertama liga Liverpool di laman sendiri.

Salah kemudian menanduk masuk hantaran lintang Kostas Tsimikas untuk gol ke-12nya musim ini.

Diogo Jota meledak gol ketiga Liverpool ketika permainan berbaki 16 minit untuk kemenangan kesembilan dan gol ke-27 dalam sembilan perlawanan buat pasukannya di Anfield musim ini.

Liverpool akan berdepan City pada perlawanan seterusnya selepas dua minggu rehat perlawanan antarabangsa. – AFP-BH ONLINE-

Imedikel Tv

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here