Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
Masalah sakit mata atau konjunktivitis berlaku disebabkan oleh berlakunya keradangan atau jangkitan pada membran telus (konjunktiva) yang melapisi kelopak mata dan menutupi bahagian mata putih.
Apabila saluran darah kecil di konjunktiva mula meradang, warna kemerahan pada mata lebih jelas.
Seperti mana yang kita ketahui keadaan sakit mata adalah disebabkan oleh jangkitan mikroorganisma seperti virus, bakteria dan kuman.
Jangkitan ini sudah tentu boleh berjangkit antara satu individu ke individu yang lain. Terdapat beberapa punca berlakunya masalah sakit mata ini antaranya ialah:
- Mata kemerahan
- Mata kegatalan
- Mata berair
- Mata berlendir
- Penglihatan kabur
- Pening kepala
- Sensitif terhadap cahaya
- Loya
- Muntah
Namun kita sering kali dinasihatkan untuk tidak menatap mata pesakit ini sepanjang tempoh sakit mata kerana risau ia akan berjangkit akan tetapi ia tidak menjadi masalah melainkan individu itu adalah kenalan rapat pesakit itu.
Sekiranya sudah dijangkiti penyakit itu, ia masih boleh dirawat dengan pelbagai cara dan perkara paling utama perlu dilakukan adalah berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan dan ubatan.
Sementara itu, pesakit itu juga disarankan untuk kuarantin di rumah sementara waktu dalam usaha mengelakkan jangkitan ini berlaku kepada orang lain.
Selain itu, terdapat beberapa cara untuk menghilangkan sakit mata dengan betul:
- Mengambil ubat antibiotik @ antiviral: Bergantung kepada tahap kesakitan jangkitan tersebut, ia juga sangat bergantung kepada punca jangkitan sama ada bakteria atau virus serta jenis mikroorganisme yang menyebabkannya.
- Mengambil ubat antihistamin: Sekiranya jangkitan tersebut adalah disebabkan oleh alergi, pesakit perlu menghapuskan alergen tersebut terlebih dahulu.
- Mengambil ubat tahan sakit: Doktor juga akan memberikan ubat sakit mata bertahi atau ubat tahan sakit untuk melegakan kesakitan akibat jangkitan konjunktivitis.
Di samping itu, bagi merawat masalah sakit mata di rumah, pesakit boleh mencuba untuk menekap tuaman air suam pada mata, memakai cermin mata ketika bercakap dengan individu lain bagi mengelakkan jangkitan pada ahli keluargan atau kenalan rapat dan perlu berehat dengan secukupnya di rumah.
IMedikel TV






