Home Buletin Semasa RUMAH, KERETA MUSNAH DALAM KEBAKARAN

RUMAH, KERETA MUSNAH DALAM KEBAKARAN

300
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Sebuah rumah separuh kekal dan sebuah kereta musnah dalam kebakaran awal pagi tadi di Taman Tengku Ahmad Panglima, Kampung Wakaf Mek Zainab, di sini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu, Pegawai Bomba Kanan (PBK) I, Mohd Nazaruddin Ismail berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.03 pagi sebelum tujuh anggota bersama dua jentera bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba pada jam 2.13 pagi, pasukan mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah separuh kekal berkeluasan kira-kira 20 x 40 kaki serta sebuah kereta berhampiran.

“Kebakaran memusnahkan 100 peratus struktur rumah dan kenderaan terbabit,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Bagaiamanapun menurut beliau tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here