Home Sukan RONALDO TIADA DALAM SKUAD TERBAIK LIGA PRO SAUDI

RONALDO TIADA DALAM SKUAD TERBAIK LIGA PRO SAUDI

171
0

JEDDAH: Cristiano Ronaldo tercicir daripada kesebelasan terbaik Liga Pro Saudi musim ini selepas kempen pertamanya bersama Al-Nassr.

Pemain 38 tahun itu menyertai Al-Nassr pada Januari selepas kontraknya bersama Manchester United ditamatkan dan lambat mendapat rentak bersama pasukan baharunya itu.

Al-Nassr menamatkan saingan liga di tempat kedua – lima mata di belakang Al-Ittihad yang pada Khamis lalu, memperkenalkan bekas rakan sepasukan Ronaldo di Real Madrid, Karim Benzema sebagai penyerang baharunya.

Ronaldo hanya mula menjaringkan gol pada perlawanan keduanya bersama Al-Nassr dan prestasinya tidak konsisten walaupun berjaya meledak hatrik pada penampilan kelimanya.

Dia menamatkan musim dengan enam gol dalam sembilan perlawanan terakhir untuk keseluruhan 14 gol dalam 16 penampilan.

Dalam kesebelasan utama dikeluarkan Opta itu, bekas pemain Watford dan Man United, Odion Ighalo menjadi penyerang utama dengan Feras Albrikan dan Mourad Batna di bahagian sayap.

Ighalo mengatasi pemenang lima kali Ballon d’Or itu dengan meledak 19 gol dalam 27 perlawanan dan menjadi penjaring terbanyak Liga Pro Saudi musim ini.

Dua rakan sepasukan Ronaldo, Luis Gustavo dan Ghislain Konan tersenarai untuk posisi tengah dan pertahanan.

Ronaldo mengesahkan akan terus berada di Arab Saudi untuk semusim lagi, sekali gus menafikan khabar angin yang mengatakan dia akan kembali ke kancah bola sepak Eropah.

“Saya gembira di sini, saya mahu teruskan di sini, saya akan terus berada di sini.

“Jika mereka lakukan apa yang mereka rancang, lima tahun lalu lagi, saya rasa liga Saudi akan menjadi antara lima liga terbaik di dunia.

“Saya akan menjadi sebahagian daripada dunia anda, budaya anda, saya akan berada di sini, saya harap peminat di sini menikmati persembahan saya.

“Terima kasih kerana menerima kedatangan saya, saya akan cuba melakukan yang terbaik sepanjang berada di sini,” kata Ronaldo. 

Sumber BH Online & Reuters

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here