Home Sukan RODRYGO LONJAK MADRID KE PUNCAK LA LIGA

RODRYGO LONJAK MADRID KE PUNCAK LA LIGA

168
0

MADRID: Rodrygo meneruskan ketajamannya di depan gawang dengan membantu Real Madrid menewaskan Granada 2-0 dan kembali mendahului La Liga.

Selepas Girona menewaskan Valencia 2-1, mereka melonjak ke puncak liga seketika, tetapi Madrid kembali memintas menerusi perbezaan jaringan.

Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Brahim Diaz membuka jaringan di pertengahan babak pertama dan Rodrygo melebarkan kedudukan pada minit ke-57 aksi di Santiago Bernabeu.

Penyerang Brazil itu sudah meledak tujuh gol dalam lima perlawanan terakhirnya di semua pertandingan.

Madrid kehilangan beberapa pemain utamanya akibat kecederaan, termasuk penjaga gol Thibaut Courtois dan pemain sayap, Vinicius Junior.

Bagaimanapun ia tidak menghalang Los Blancos untuk mengatasi lawan yang berada di tangga ke-19 liga dan bergelut dengan penyingkiran itu.

“Rodrygo kembali ke prestasi terbaiknya, menjaringkan banyak gol,” kata pengendali Madrid, Carlo Ancelotti.

Penjaring terbanyak La Liga, Jude Belingham yang sudah mengumpul 11 gol setakat ini, hampir menambah jaringan untuk Madrid sebelum rehat, tetapi percubaannya tersasar. – AFP-BH ONLINE-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here