Home Buletin Semasa RESAH HARGA DIESEL NAIK

RESAH HARGA DIESEL NAIK

148
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Kenaikan harga diesel adalah pencetus gelombang baharu penularan ‘wabak’ inflasi pada era ekonomi Madani.

Rakyat berasa terus terbeban dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang tinggi.

Seorang peniaga, Nik Rozihan Abd Rahman, 48, dari Pintu Geng, berkata kenaikan harga diesel tersebut meimbulkan rasa bimbang dan kesukaran bagi pihaknya.

“Minyak diesel adalah keperluan harian saya, sebab saya berniaga buah durian jadi setiap hari menggunakan lori untuk mengangkut buah tersebut.

“Jadi berlaku kenaikan harga minyak diesel ini, saya rasa sukar dan sedikit terbeban sebab saya terpaksa jual buah durian pada harga yang sedikit tinggi,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Nik Rozihan berkata, dia juga tidak layak untuk mendapat subsidi diesel yang diberikan memandangkan dia adalah golongan T20 yang mana ianya adalah kumpulan isi rumah tertinggi.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here