Menjadi keutamaan buat individu yang berkeluarga untuk membawa insan tersayang bersiar-siar sempena cuti sekolah.
Muhammad Subki dari Pulau Pinang berkata, dia teruja berkunjung ke rantau panjang kerana kali pertama ke sini bersama keluarganya.
Muhamad juga, turut membeli-belah pakaian dan juga makanan-makanan yang menarik di sini.
“Saya pun kali pertama mai ke Rantau Panjang ni, dan aktviti disini ni kita membeli belah lah. Inshaallah kalau ada lagi peluang kita akan repeat lagi mai, seronok tempat yang menarik pengalam yang baru…”
“Baru sampai dari penang… terus ke sini aaaa…. satgi pukul 2 check in homestay.” -Muhammad Subki, Pengunjung
Mesra disapa Naim ,33, dari Alor Setar, Kedah berkata, dia bersama keluarganya mengambil peluang bercuti ke negeri Cik Siti Wan Kembang
“Aktiviti masa mai sini orang kata apa kita cuci mata la kankita tengok barang-barang yang tak ada dekat enegri saya tu kita mai tengok kat kelantan pulak lahmungkin ada barang yang menarik boleh kita ambik kat sini bawak kat tempat kita”, – Muhammad Naim, Pengunjung
“Sebelum ni saya selalu pergi pasar Siti Khadijah, okay…, kalau Rantau Panjang ni kali pertamalah”
Rantau Panjang merupakan sebuah pekan yang bersempadan antara Malaysia dan Thailand dan terletak di utara negeri Kelantan dalam kawasan jajahan pasir mas.
zon bebas cukai itu, cukup meriah dengan kunjungan ramai orang tidak kira dari dalam kelantan mahupun luar kelantan.
Sumber: BH Online & Reuters
– Imedikel TV





