Home Hiburan RAMADAN PALING SIBUK BAGI SOPHIA ALBARAKBAH

RAMADAN PALING SIBUK BAGI SOPHIA ALBARAKBAH

112
0

PETALING JAYA: Sophia Albarakbah mengakui Ramadan kali ini cukup mencabar malah dia belum berkesempatan berbuka puasa bersama keluarga akibat komitmen padat.

Sophia berkata, perkara itu agak berbeza berbanding zaman kanak-kanak yang sarat dengan detik berbuka puasa beramai-ramai bersama keluarga.

“Percaya atau tidak, setakat ini saya belum sempat lagi berbuka puasa bersama keluarga. Jadual penggambaran memang padat.

“Ada hari berbuka di lokasi penggambaran. Ada hari berbuka di bazar Ramadan sebab saya berniaga di bazar. Apabila sudah besar, masing-masing ada tanggungjawab dan karier.

“Jadi, susah hendak berkumpul beramai-ramai. Kenangan manis macam itulah yang saya rindukan setiap kali Ramadan,” katanya ditemui pada tayangan filem dan sidang media Amira Amir di sini, baru-baru ini.

Memetik laporan Berita Harian, bagaimanapun, bintang drama Hadiah Dari Tuhan itu bersyukur terus diberi peluang dan rezeki untuk aktif dalam industri seni.

“Tahun ini jadual saya agak padat, namun, saya amat bersyukur kerana masih dikurniakan rezeki.

“Selagi ada kepercayaan dan peluang yang diberi, saya akan terus komited menjalani penggambaran serta memberikan yang terbaik… Alhamdulillah,” katanya.

Mengulas mengenai persiapan berbuka puasa, Sophia lebih gemar menyediakan juadah sendiri di rumah berbanding membeli sajian di bazar Ramadan.

“Dahulu, keluarga saya okay sahaja kalau hendak ke bazar Ramadan. Sekarang, apabila masing-masing sudah dewasa, kami jarang ke bazar. Saya lebih suka memasak.

“Ada masa, ahli keluarga akan minta hidangan tertentu. Jadi. apabila ada permintaan begitu, saya dan adik akan masak sama-sama. Kami memang suka memasak dan seronok bila dapat sediakan makanan untuk keluarga,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Sophia membintangi filem Amira Amir iaitu filem drama sosial provokatif terbaharu terbitan Astro Shaw yang menemui penonton di Astro First sejak Khamis lalu. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here