Home Buletin Semasa LEBIH 49,000 LEWAT DAFTAR SIJIL LAHIR, 20,000 LEWAT DAFTAR MYKAD DIREKODKAN

LEBIH 49,000 LEWAT DAFTAR SIJIL LAHIR, 20,000 LEWAT DAFTAR MYKAD DIREKODKAN

125
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

MACHANG: Lebih 49,000 kes kelewatan daftar sijil kelahiran direkodkan manakala lebih 20,000 kes kelewatan daftar MyKad sejak 2022 hingga pertengahan Februari tahun ini.

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata, terdapat beberapa faktor menyebabkan kelewatanan pendaftaran tersebut.

“Faktor utama kelewatan pendaftaran lazimnya berpunca daripada bapa masuk penjara, ibu bapa berpisah, perkahwinan tidak didaftarkan serta salah tanggapan kononnya proses pendaftaran memerlukan kos,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Mekar dan Penyerahan Dokumen Pengenalan Diri di Kampung Simpul Berlubang, Labok, di sini, semalam.

Beliau berkata secara purata kira-kira 13,000 kes kelewatan daftar sijil kelahiran dikesan setiap tahun di seluruh negara.

“Corak statistik itu menunjukkan purata sekitar 1,000 kes daftar lewat kelahiran sebulan di seluruh negara, berdasarkan populasi kira-kira 32 juta penduduk.

Beliau berkata, mengikut Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian, setiap kelahiran di Semenanjung Malaysia perlu didaftarkan dalam tempoh 60 hari, manakala di Sabah dan Sarawak dalam tempoh 40 hari.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here