Home Luar Negara QATAR HENTI PENGELUARAN GAS ASLI CECAIR SUSULAN SERANGAN IRAN

QATAR HENTI PENGELUARAN GAS ASLI CECAIR SUSULAN SERANGAN IRAN

174
0

DOHA: Qatar memaklumkan pada Isnin bahawa ia akan menghentikan pengeluaran gas asli cecair (LNG) selepas dua lokasinya diserang dron Iran di tengah-tengah ketegangan serantau yang meruncing susulan serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel ke atas Iran, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Disebabkan serangan ketenteraan terhadap kemudahan operasi QatarEnergy di Bandar Industri Ras Laffan dan Bandar Industri Mesaieed di Qatar, QatarEnergy telah menghentikan pengeluaran gas asli cecair (LNG) dan produk berkaitan,” menurut syarikat milik kerajaan itu.

Memetik laporan Bernama-Dpa menerusi Berita Harian, Ras Laffan adalah lokasi utama negara Teluk itu bagi pengeluaran LNG dan terletak kira-kira 80 kilometer ke utara Doha.

Kementerian Pertahanan sebelum itu melaporkan bahawa Iran melancarkan dua dron yang menyasarkan lokasi berkenaan, namun tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kematian.

Qatar memiliki simpanan gas ketiga terbesar di dunia dan merupakan pengeksport utama LNG global. – BERNAMA-DPA, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here