Home Luar Negara PUTIN PILIH KERETA API MEWAH, KALIS PELURU

PUTIN PILIH KERETA API MEWAH, KALIS PELURU

MOSCOW: Bimbang dirinya terancam akibat perang dengan Ukraine, Presiden Rusia Vladimir Putin dikatakan lebih banyak bergerak dengan kereta api berbanding pengangkutan lain.

Kereta api berperisai yang serba lengkap termasuk dengan hospital mudah alih, ketika ini dilapor sedang menjalani pengubahsuaian berjumlah 60 juta pound (kira-kira RM360 juta).

Ia tidak dapat dijejaki seperti kapal terbang milik pemimpin diktator itu kerana luaran yang saling tidak tumpah seperti perkhidmatan kereta api biasa.

Menerusi gambar yang tersebar, Putin didakwa menjelajah penuh gaya dengan kereta api itu yang lengkap dengan bilik mandi bernilai 3.75 juta pound (RM22.48 juta), gimnasium dan salon kosmetologi.

Kereta api itu juga mempunyai hospital mudah alih yang lengkap dengan semua peralatan perubatan untuk merawat Putin yang didakwa menghidap kanser, selain ada mesin antipenuan.

Perisai yang melapisi bahagian luar kereta api jenis Tahap III+ yang mampu menahan tembakan daripada senapang AK-47 dan SVD.

Gerabak kereta api juga disediakan ruang untuk membalas tembakan sekiranya kereta api itu diserang, selain bilik antibunyi yang boleh untuk melindungi ancaman kebocoran maklumat.

Dikatakan, versi yang dinaik taraf akan dilengkapi dengan pawagam kereta api dan gerabak kesihatan baharu.

Sebelum ini, berdasarkan dokumen Pentagon yang bocor, Putin dikhabarkan menjalani rawatan kemoterapi.

Khabar angin kesihatannya merosot sudah tersebar sejak berbulan, namun kekal sebagai sumber spekulasi dalam kalangan perisik barat.

Sumber HMetro Online

Sumber AGENSI

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here