Home Buletin Semasa PUTERI BALQIS UMUM PERTUNANGAN DENGAN JEJAKA PILIHAN

PUTERI BALQIS UMUM PERTUNANGAN DENGAN JEJAKA PILIHAN

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Pelakon berbakat, Puteri Balqis atau lebih dikenali sebagai Aqish, 18, berkongsi berita gembira apabila memaklumkan dirinya kini sudah mengikat pertunangan dengan jejaka pilihan hati dikenali sebagai Kafziel.

Perkhabaran itu dikongsikan menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya, yang memaparkan beberapa foto sekitar majlis pertunangannya yang berlangsung pada 12 Ogos lalu.

Walaupun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai majlis tersebut, Puteri Balqis turut berkongsi surat istimewa daripada ibunya yang ditujukan kepada Kafziel, menerusi kapsyen hantaran berkenaan.

“Aku lahir dari duka, Kau dewasa bersama luka, Maka andai derita menjadi pusaka, Maka tenanglah, Pabila kau berjalan bersama kecewa.

“Moga kau mampu menggantikan kesedihan dengan kelembutan, Moga jiwamu yang mati, Diganti dengan keadilan, ketenangan abadi.

“Andai cinta dan pengorbanan adalah wasiat terakhir buatmu, Maka berlarilah mengejarnya, Belajarlah dari beban yang ditinggalkan oleh rantai waktu.

“Moga kau mampu menggantikan pengkhianatan dengan kesetiaan, Moga ukiran sejuta janji diganti seindah sarungan imaginasi.

“Andai kejatuhan dan kegagalan adalah warisan dariku, Maka peluklah, rawatlah kalbumu.

“Moga setiap penantian diganti dengan kemenangan, tiada tolok tandingannya.

“Moga setiap tangisan, raunganmu di sepertiga malam diganti dengan cinta paling dalam.

“Moga setiap luluh langkah bersaksi hanya langit dan bulan merah, setiap jatuh gugur tubuhmu berpaksi hanya bumi, Diganti dengan sahabat sejati sebagai teman penghuni,” tulisnya di Instagram.

Perkongsian Puteri Balqis itu turut mendapat perhatian ramai, apabila ruang komennya dipenuhi ucapan tahniah dan doa daripada rakan artis serta para pengikut.

Ramai dalam kalangan netizen turut meluahkan rasa sebak selepas membaca luahan hati yang dikongsikan pelakon berusia 18 tahun itu, malah ada yang menyifatkannya sebagai tulisan penuh emosi dan menyentuh jiwa.

Puteri Balqis mula dikenali sejak kecil menerusi lakonan mantapnya dalam beberapa drama dan filem.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here