Home Segmen Kesihatan PUNCA DAN RAWATAN MATA IKAN

PUNCA DAN RAWATAN MATA IKAN

360
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Ketidakselesaan di dalam mulut akibat “mata ikan” atau ulser boleh menjejaskan aktiviti harian.

Mungkin ada yang sukar untuk mengunyah makanan akibat rasa sakit dan pedih disebabkan ulser.

Kebiasaannya, ia akan muncul di bibir, gusi, lidah, dalam pipi atau pada tekak dan akan mengakibatkan kepedihan apabila sesuatu menyentuhnya.

Ramai yang mengaitkannya dengan dehidrasi akibat tidak cukup minum air putih! Selain itu, apa punca ia berlaku agaknya ya?

Sebelum kita pergi jauh, jom kita faham apa itu ulser? Ulser adalah sejenis kondisi di mana muncul tompok berwarna putih pada kawasan oral.

Dalam artikel kali ini, kita akan berkongsi punca terjadinya ulser dan petua untuk mengurangkan ulser yang boleh didapati di rumah.

Menurut portal hellodoktor antara punca atau faktor penyebab ulser adalah:

  • Pemakaian gigi palsu atau pendakap gigi
  • Kecederaan ketika memberus atau memflos gigi
  • Kelecuran akibat makanan atau minuman yang panas dan kasar
  • Kerengsaan akibat penggunaan antiseptik yang kuat seperti ubat kumur
  • Kedudukan gigi yang tidak rata dan tajam
  • Jangkitan virus seperti virus herpes simplex
  • Tergigit bahagian dalam mulut secara tidak sengaja
  • Mengalami reaksi alahan terhadap ubatan tertentu
  • Ruam kulit di mulut (lichen planus)
  • Perubahan hormon tubuh badan
  • Penyakit jankitan kelamin (STD)
  • Penyakit autoimun
  • Penyakit gastrousus
  • Kanser mulut

Kita sudah tahu punca berlakunya ulser. Jadi, kita teruskan dengan rawatan yang boleh dilakukan.

Sebenarnya ramai dalam kalangan kita menggunakan ubat untuk merawat ulser di farmasi sama ada ubat sapu atau spray.

Namun, kita juga boleh menggunakan bahan dari rumah untuk merawat ulser.

Ini pula beberapa cara untuk merawat ulser dengan menggunakan bahan dari dapur rumah kita. Antaranya ialah:

  • Air garam – Garam mempunyai sifat antiradang, antiseptik dan disinfektan. Jadi, ia mungkin boleh membantu merawat kondisi ini
  • Madu lebah – Madu boleh membantu merawat ulser dengan cara mengekalkan kelembapan serta mempercepatkan proses penyembuhan
  • Minyak mentega – Mentega pula membantu merawat ulser dengan cara menyebabkan kekebasan lalu menimbulkan rasa lega untuk sementara
  • Santan kelapa – Hasil perahan daripada buah ini boleh digunakan sebagai alternatif kepada ubat kumur di pasaran yang bagus jika ada ulser
  • Serbuk penaik – Baking soda mampu menyeimbangkan tahap keasidan dan mengurangkan masalah keradangan sekali gus bagus untuk menyembuhkan kondisi mata ikan

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here