Home Sukan PSG DI AMBANG JUARA LIGUE 1

PSG DI AMBANG JUARA LIGUE 1

38
0

PARIS, PERANCIS: Paris Saint-Germain (PSG) semakin hampir mengesahkan satu lagi kejuaraan Ligue 1 selepas menang 1-0 ke atas Brest, awal pagi tadi sekali gus meletakkan mereka enam mata di hadapan pencabar terdekat, Lens ketika hanya dua perlawanan berbaki selain mempunyai kelebihan perbezaan gol yang lebih baik.

Memetik laporan AFP menerusi Harian Metro, Desire Doue antara sembilan pemain PSG direhatkan pada sepak mula susulan aksi separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich pada Khamis, namun pemain antarabangsa Perancis itu dimasukkan sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua dan menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-83 dari luar kotak penalti.

PSG akan secara rasmi dinobatkan sebagai juara Perancis buat musim kelima berturut-turut, dan kali ke-12 dalam 14 tahun terakhir, jika mereka mengelak kekalahan di tempat lawan menentang Lens pada Khamis.

Namun walaupun PSG kalah dalam dua perlawanan terakhir mereka dan Lens memenangi semua baki aksi, pasukan itu masih perlu mengejar perbezaan 15 gol, sesuatu yang hampir mustahil untuk dicapai oleh pasukan kendalian Pierre Sage.

Pasukan Luis Enrique juga kini bersiap untuk perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Arsenal pada hujung bulan ini selepas menyingkirkan Bayern Munich 6-5 secara agregat dalam aksi separuh akhir.-AFP, HMetro Online-

IMedikel TV    

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here