Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan I Medikel TV
KOTA BHARU: Buat julung kalinya, program cat walk diadakan bagi mencipta kelainan kepada pencinta si bulus.
Selain memerlukan penjagaan rapi, si bulus juga perlu diberi kasih sayang dan ruang untuk meluangkan masa bersama pemiliknya dengan berjalan.
Menurut pengarah urusan RJ Cats Grooming Centre & Akademi, Rosdey Jais, program itu bertujuan untuk menarik minat orang ramai prihatin terhadap kesedaran dalam penjagaan kucing.

Katanya, aktiviti cat walk sejauh satu kilometer dapat menunjukkan bahawa haiwan itu juga perlu dibelai dan diberi kasih sayang yang secukupnya.
“Kita buat program ini untuk menarik minat orang ramai tentang kesedaran penjagaan kucing dan juga peminat-peminat kucing itu sendiri. Ramai juga yang bawa hari ini memang tekrejut yang bawak kucing hari ini daripada kucing-kucing kampung kita memang sangat bersyukur sebab biasanya mungkin bawa kucing berbaka,”katanya kepada pemberita selepas program cat walk fun run di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok, di sini, semalam.
Rosdey berkata, orang ramai perlu sedar bahawa bukan sahaja kucing berbaka yang layak untuk diberi perhatian malah kucing kampung dan ‘straight cat’ juga penting.
Selain itu, katanya terdapat juga program cat fashion style show yang mana pencinta kucing memperagakan kucing mereka kepada pelbagai tema.

Menurutnya, dia begitu teruja melihat usaha pencinta kucing lebih-lebih lagi mereka yang sanggup menyiapkan busana kucing untuk menyertai program itu.
“Kita menyediakan beberapa program pada pagi ini antara ialah larian lima kilometer dan berjalan bersama kucing untuk satu kilometer jadi nama program kita cat walk fun run.”
“Program ini memang kita adakan adalah untuk selain daripada untuk memanggil semua peminat-peminat kucing kita juga sedang mendapatkan sedikit daripada hasil kutipan yuran dan juga tajaan tu untuk memberi sumbangan kepada tabung kebajikan haiwan UMK.”
Menurut Rosdey, penyertaan daripada peserta amat menggalakkan memandangkan kira-kira 350 peserta menyertai program itu bukan sahaja di sekitar Kelantan malah turut sama memeriahkan pencinta si bulus dari Terengganu.
Katanya, terdapat juga aktiviti fun run bagi penyertaan individu sejauh lima kilometer.
Dia berharap, program itu bakal dijadikan program tahunan terutamanya kolaberasi bersama UMK khususnya Fakulti Perubatan Veterinar sehingga dapat mencapai Malaysian Book of Records selepas ini.
Program cat walk dianjurkan RJ Motel & Spa dan Fakulti Perubatan Veterinar UMK, Bachok.
IMEDIKEL TV






