Home Buletin Semasa PRN NEGERI SEMBILAN: BERSATU DOMINASI AGIHAN KERUSI PN

PRN NEGERI SEMBILAN: BERSATU DOMINASI AGIHAN KERUSI PN

145
0

Seremban, NEGERI SEMBILAN: BERSATU dijangka mendominasi pengagihan kerusi berbanding rakan sekutu PAS dan GERAKAN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Negeri Sembilan.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan, Datuk Eddin Syazlee Shith, berkata sebagai parti yang memimpin, BERSATU dijangka memperoleh lebih kerusi.

Beliau berkata PN Negeri Sembilan menyasarkan memenangi sekurang-kurangnya 19 kerusi bagi membolehkan membentuk kerajaan negeri.

Katanya, PN sudah meletakkan tanda untuk kerusi-kerusi yang boleh dimenangi.

“Antara kita sudah bersetuju, memang sebagai parti yang memimpin di Negeri Sembilan, kita (BERSATU) akan diberikan kerusi yang lebih, tapi saya fikir ia tidak terlalu banyak beza dengan PAS atau pun GERAKAN.

“Ini berikutan BERSATU mempunyai calon dalam kalangan ahli bersekutu yang mungkin akan bertanding di kerusi-kerusi yang mempunyai saingan yang lebih dominan seperti di kawasan bukan Melayu.

“Mungkin ini dilihat lebih kepada BERSATU dari segi agihan (kerusi) itu tapi jika dilihat balik, ia agak saksama dan adil bergantung kepada tanggungjawab yang diletakkan kepada parti untuk perlu membimbing kepada parti-parti komponen,” katanya.

Beliau mengulas persiapan PN bagi menghadapi PRN ketika ditemui pemberita pada Majlis Silaturahim Pasca Aidilfitri BERSATU Bahagian Rembau, di Senawang, di sini, malam tadi.

Yang turut hadir, Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim; Ketua BERSATU Rembau merangkap Setiausaha Perhubungan BERSATU Negeri Sembilan, Nazree Yunus dan barisan kepemimpinan PN negeri.

Mengulas lanjut, Eddin yang juga Ketua Perhubungan BERSATU Negeri Sembilan dan bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah, berkata PN sudah bersedia untuk menghadapi PRN yang dijangka bakal diadakan sekitar Julai atau Ogos depan.

Beliau berkata, persiapan PN negeri bagi menghadapi PRN berjalan lancar termasuk soal pembahagian kerusi, malah PN menerima sokongan daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Sumber BH Online

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here