Home Politik PRN MELAKA: BN SEDIA BINCANG JIKA PARTI LAIN MAHU GUNA LOGO BN

PRN MELAKA: BN SEDIA BINCANG JIKA PARTI LAIN MAHU GUNA LOGO BN

Oleh: Wartawan IMedikel TV

KOTA TINGGI: Barisan Nasional (BN) terbuka mengadakan perbincangan mengenai bentuk kerjasama dengan mana-mana pihak yang berhasrat menggunakan logo parti itu, termasuk PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka nanti.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perkara itu bagaimanapun perlu bersandarkan kepada keputusan dan pendirian asas BN.

“Saya jawab dari segi umumnya, kalau katakanlah mana-mana pihak yang bersedia untuk bertanding menggunakan logo BN, sangat-sangat kita alu-alukan.

“Tetapi bersandarkan kepada keputusan-keputusan pokok (Kepimpinan),”katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pecah Tanah Bangunan Tambahan Asrama Anak-anak Yatim Islam di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa PAS bersedia menggunakan logo BN sekiranya logo Perikatan Nasional (PN) tidak digunakan pada PRN Melaka.

Sebelum ini, Tuan Ibrahim dilaporkan berkata, kerjasama PAS dan UMNO bagi menghadapi PRN Melaka semakin hampir direalisasikan apabila rundingan pembahagian kerusi antara kedua-dua parti itu mencapai 90 peratus.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas sekiranya ada parti lain seperti Parti Wawasan Negara (Wawasan) yang mahu menggunakan logo BN.

“Siapa nak datang rumah kita (parti), orang yang kita sukalah, bukan semua,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here