Home Buletin Semasa BLOK BAHARU JABATAN KECEMASAN DAN TRAUMA HKL MASUK FASA AKHIR

BLOK BAHARU JABATAN KECEMASAN DAN TRAUMA HKL MASUK FASA AKHIR

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KUALA LUMPUR: Projek Naik Taraf Blok Baru Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur (HKL) kini berada dalam fasa akhir pelaksanaan.

Pengarah HKL, Datuk Dr Harikrishna K R Nair berkata beberapa perkara dikenal pasti memerlukan kerja pembaikan dan penambahbaikan menerusi proses pemeriksaan serta penyempurnaan projek berkenaan.

“Kerja-kerja berkenaan sedang diberi perhatian dan keutamaan, dengan penyelesaian dijangka dilaksanakan sehingga akhir tahun 2026.

“HKL komited memastikan setiap kerja pembaikan dilaksanakan sewajarnya bagi memenuhi keperluan keselamatan, fungsi dan kualiti fasiliti sebelum projek berkenaan dimuktamadkan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata operasi dan penyampaian perkhidmatan kesihatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL diteruskan seperti biasa sepanjang tempoh kerja-kerja penyempurnaan berkenaan.

Pihak HKL turut menghargai kerjasama, kesabaran dan pemahaman orang ramai sepanjang kerja-kerja penyempurnaan dilaksanakan, selain memohon maaf atas segala kesulitan yang mungkin timbul.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here