Home Politik PRK DUN NENGGIRI: PENGALAMAN BERKHIDMAT DALAM TLDM AKAN DIGUNAKAN SEPANJANG BERKEMPEN –...

PRK DUN NENGGIRI: PENGALAMAN BERKHIDMAT DALAM TLDM AKAN DIGUNAKAN SEPANJANG BERKEMPEN – MOHD RIZWADI

203
0

GUA MUSANG: Calon BERSATU yang mewakili Perikatan Nasional (PN), Mohd Rizwadi Ismail akan menggunakan pengalamannya ketika berkhidmat dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk berdepan tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Mohd Rizwadi yang bertanding menggunakan logo PAS berkata, banyak pengalaman yang diperoleh sepanjang bergelar anggota tentera selama 13 tahun dan ia memberi kelebihan kepadanya untuk berkempen.

“Malah, saya juga aktif dalam kerja kemasyarakatan dan dakwah sebelum ini dan ia memudahkan urusan saya bertemu pengundi di DUN Nenggiri.

“Saya cuba lakukan yang terbaik sepanjang tempoh berkempen ini dengan bantuan seluruh jentera,” katanya ketika berucap pada Ceramah Umum Unit Daerah Mengundi (UDM) di Meranto, malam tadi.

Mohd Rizwadi berkata, selepas berhenti sebagai anggota tentera, beliau mengambil keputusan untuk pulang ke kampung dan bergiat aktif dalam PAS.

“Menyertai PAS tidak dapat apa-apa pun. Ketika itu saya bukan kerja sebagai kontraktor atau ahli perniagaan sebaliknya tinggal di Kampung Bertam dan bekerja menolong penduduk kampung.

“Selepas itu saya dilantik memegang jawatan dalam PAS Gua Musang selain sebagai Pengelola Dakwah Halaqat Gua Musang. Jika orang lihat jawatan seolah-olah bergaji besar, sedangkan nak beli beras pun tidak mencukupi.

“Kerja politik ini bukan dapat duit banyak namun atas perjuangan saya tetap berkhidmat sehingga hari ini dan sekiranya saya diberi tanggungjawab sebagai ADUN selepas ini, saya akan galas tanggungjawab besar itu sebaik mungkin,” katanya. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here