Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
TUMPAT: Sebuah premis perniagaan di Jalan Hulu Pasar di sini, musnah kira-kira 80 peratus dalam kebakaran awal pagi tadi.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Tinggi II (PBT II) Mohd Nasrin Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 3.17 pagi sebelum jentera tiba di lokasi enam minit kemudian.
“Premis berukuran kira-kira 80 x 100 kaki itu terbakar dengan anggaran 80 peratus musnah dan tiada mangsa dilaporkan terlibat.
“Anggota bertindak memadam kebakaran menggunakan dua aliran dan tiga pancutan sepanjang 300 kaki dengan sumber air daripada tangki jentera, lori tangki serta pili bomba yang mempunyai tekanan air rendah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal pada jam 4.50 pagi, manakala operasi pemadaman masih dijalankan.
Operasi membabitkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wakaf Bharu, BBP Tumpat, BBP Pengkalan Kubor dan BBP Kota Bharu.
Operasi membabitkan 19 anggota dan pegawai dari BBP Wakaf Bharu, BBP Tumpat, BBP Pengkalan Kubor dan BBP Kota Bharu, dengan sokongan dua jentera FRT(Fire Rescue Tender) serta dua lori tangki.
IMedikel TV






