Home Politik PN UMUM 39 CALON PAS, ENAM CALON BERSATU

PN UMUM 39 CALON PAS, ENAM CALON BERSATU

186
0

Oleh: Afrizam Arif @ MD Arif, Wartawan Imedikel TV

KOTA BHARU: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri Datuk Ahmad Yakob mengumumkan kesemua 45 calon, iaitu 39 calon adalah terdiri daripada Pas manakala enam lagi daripada BERSATU.

Pada PRN kali ini, Kelantan memperkenalkan 23 muka baharu termasuk berlatar belakangkan akademik dan ahli korporat, manakala dua calon wanita iaitu Rohani Ibrahim (DUN Tanjong Mas) dan Nor Asilah Mohamed Zin (DUN Limbongan).

Dalam pengumuman itu, antara nama yang menjadi tumpuan ialah lima calon muka baharu daripada golongan profesional dalam bidang pengamal undang-undang iaitu Nik Asma’ Baharum Nik Abdullah (DUN Chempaka), Wan Rohimi Wan Daud (DUN Melor), Zameri Mat Nawang (DUN Jelawat), Zubir Abu Bakar (DUN Mengkebang) dan Ahmad Zakhran Mat Noor (DUN Kemuning).

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here