Home Buletin Semasa PM ANWAR LAWAT PROJEK PLSB SUNGAI KELANTAN, DI TUNJONG

PM ANWAR LAWAT PROJEK PLSB SUNGAI KELANTAN, DI TUNJONG

190
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat lawatan ke tapak Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan Fasa 1 di Tunjong, di sini, hari ini.

Anwar tiba di tapak projek diiringi Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud pada jam 3.50 petang.

Beliau kemudiannya disantuni oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Datuk Dr Ahmad Anuar Othman serta diberikan sedikit taklimat berkenaan perkembangan kemajuan projek Fasa 1 tersebut yang menelan kos pembinaan bernilai RM699 juta.

Sementara itu, Ketua Pengarah JPS, Datuk Dr Ahmad Anuar Othman berkata manakala bagi Fasa 2 melibatkan kos sebanyak RM1.064 juta.

“Projek ini melibatkan kawasan Sungai Seribong dan mengalir ke Sungai Pengkalan Datu seterusnya ke laut bagi persediaaan menghadapi masalah banjir yang akan datang.

“Namun apabila projek itu siap sepenuhnya, tidak semestinya tiada lagi banjir cuma sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan masalah limpahan air,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Tambah Anuar, projek Fasa 1 yang bermula pada 2018 menghadapi sedikit kelewatan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Covid 19 namun, ia dijangka siap pada tahun hadapan.

“Kemungkinan juga awal daripada tarikh yang telah ditentukan,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri bertemu dengan rakan sejawatannya dari Thailand, Srettha Thavisin semasa lawatan kerja di Rantau Panjang dan Sungai Golok.

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here