Home Buletin Semasa PLASTIK DAN GETAH SUKARKAN PROSES PEMADAMAN API – JBPM KELANTAN

PLASTIK DAN GETAH SUKARKAN PROSES PEMADAMAN API – JBPM KELANTAN

156
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan masih dalam proses pemadaman api dalam kebakaran tapak pengumpulan bahan kitar semula di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Kelantan, Penguasa Kanan Bomba II (PgKB II), Mohd Wildan Azhari, berkata pihak bomba sukar memadam sepenuhnya kebakaran disebabkan bahan bakar itu terdiri daripada plastik dan getah.

“Sekarang ini berlaku kebakaran api kilang himpunan kitar semula. Proses bermula pada jam 6.05 petang semalam. Kilang berkeluasan hampir 5000 kaki persegi yang melibatkan timbunan barang kitar semula berbentuk plastik, getah.

“Yang menyukarkan proses pemadaman adalah kerana material bahan bakar tersebut kerana material bahan bakat tersebut adalah daripada plastik dan getah dan dia 5meter ketinggian dan dalam bentuk tongkol. Jadi kami perlu ada satu jentera mungkin jentolak untuk merungkai tongkol-tongkol tersebut barulah pemadaman boleh dilaksanakan kie bahagian dasar.

” Dia lebih kepada macam juga api gambut, api sampah, kebakaran sebelah dalam. Jadi itu yang agak menyukarkan dan lebih-lebih lagi faktor cuaca yang mana angin bertiup kuat menyebabkan mudah kemerebakan.

“Tapi sekarang ini alhamdulillah kita boleh kawal kita dalam proses pemadaman,”katanya ketika ditemui pemberita, di sini, hari ini.

Menurut beliau, pihaknya menggunakan beberapa strategi bagi proses pemadaman tersebut.

“Dan sehingga kini hampir 12 jam adalah proses pemadaman yang mana hari ini antara strategi yang kita laksanakan adalah kita cuba untuk menggunakan jengkaut daripada pihak kilang sendiri dan pada masa sama kita akan minta pihak lapangan terbang untuk jentera mereka kerana jentera mereka khas mengandungi foam.

“Kita cuba beberapa stratgei bagi memastikan pemadaman sepenuhnya, kalau dapat lihat hari ini cuaca masih lagi panas dan operasi masih diteruskan yang mana semalam kita lebih kepada defensive hari ini kita buat secara offensive maknanya kita attack kawasan kebakaran tersebut,”katanya.

Seramai 60 anggota bomba terlibat dalam operasi tersebut bagi bantuan untuk tangki (tanker) melibatkan hampir lima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) termasuk BBP Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Rantau Panjang, Pasir Tumboh dan Tanah Merah.

“Kekuatan anggota seramai 60 anggota  jentera terlibat tujuh jentera termasuk Fire Rescue Tender (FRT) dan water tanker

“Kita juga dapat tambahan bekalan air daripada AKSB sebab kita nak kuatkan tekanan air, alhamdulillah kita dapat kawal kemerebakan api kira-kira jam 9.40 malam tadi.

“Punca masih dalam siasatan dan pihak forensik memang sudah sampai ke lokasi cuma belum boleh masuk ke dalam sebab masih dalam proses pemadaman,”katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here