Home Buletin Semasa PKMK SANTUNI ANAK AUTISME

PKMK SANTUNI ANAK AUTISME

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Persatuan Kesihatan Mental Kelantan (PKMK) menyantuni anak-anak autism menerusi program Sambutan Hari Kesedaran Autisme 2024 di Taman Perbandaran Tengku Anis, di sini, pada Sabtu.

Pakar Perunding Psikiatri Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II, Dr Malihah Ghazali, berkata pihaknya komited dalam mempromosikan masyarakat yang lebih inklusif di mana individu dengan autisme dihargai dan diberdayakan untuk mencapai potensi penuh mereka.

“Dengan meningkatkan kesedaran dan pemahaman, kita dapat mencipta persekitaran sokongan yang lebih baik bagi individu dengan autisme dan keluarga mereka,” katanya dalam suatu kenyataan.

Menurut kenyataan media, program tersebut bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang autism dan mengetengahkan kepentingan diagnosis awal, intervensi, dan sokongan bagi individu yang mengalami ASD serta keluarga mereka.

Menurut Dr. Malihah juga Pengerusi PKMK program itu dapat mendorong pemahaman, penerimaan, dan inklusi anak-anak istimewa itu.

“Aktiviti seperti pertandingan mewarna, tapak-tapak gerai yang mempromosikan pusat-pusat terapi dan rehabilitasi, serta sensory play memberi peluang kepada mereka untuk menunjukkan bakat tersendiri,” katanya.

Program itu bermula jam 8 pagi dan berakhir pada jam 2 petang dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), dan Yayasan Noor Al-Syakur (YANAS).

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here