Home Buletin Semasa PGA RAMPAS TANAMAN HIASAN SELUDUP BERNILAI RM5.5 JUTA

PGA RAMPAS TANAMAN HIASAN SELUDUP BERNILAI RM5.5 JUTA

240
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

TANAH MERAH: Pasukan Gerakan Am (PGA) mematahkan cubaan penyeludupan tanaman hiasan bernilai RM5.5 juta dalam Op Taring Wawasandi Kampung Lalang Pepuyu, pada Jumaat.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata rampasan berlaku sekitar jam 4.15 petang apabila sepasukan anggota PGA menahan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati lori tersebut membawa pelbagai jenis pokok hiasan dipercayai diseludup dari Thailand.

“Antara yang dirampas ialah satu pokok landskap Eugiena, 1,500 pokok Pemanjat Pagar dan 2,000 pokok Busida. Pemandu lori, seorang lelaki berumur 26 tahun, gagal mengemukakan sebarang dokumen sah berkaitan tanaman tersebut.

“Nilai keseluruhan rampasan termasuk lori dianggarkan berjumlah RM5.5 juta,”katanya dalam kenyataan.

Katanya kes disiasat di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta 167) Seksyen 5, dan suspek bersama barang rampasan diserahkan kepada Jabatan Pertanian Kelantan untuk tindakan lanjut.

Tambah beliau, PGA akan terus mempertingkatkan kawalan dan operasi bagi membanteras kegiatan penyeludupan yang mengancam keselamatan sempadan dan sektor pertanian negara.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here