Home Buletin Semasa PGA RAMPAS SENAPANG DAN 81 PELURU HIDUP

PGA RAMPAS SENAPANG DAN 81 PELURU HIDUP

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

LANCHANG: Pasukan Gerakan AM (PGA) menahan enam lelaki dan merampas senapang, peluru hidup dan beberapa jenis peralatan lain dalam serbuan Op Bersepadu Khazanah (OBK) di kawasan ladang Pongsoi Mukin Semantan, Pahang, pada Ahad.

Dalam serbuan kira-kira jam 11.30 malam itu, pasukan anggota Batalion (BN) 7 PGA bersama pasukan Perhilitan merampas sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux, satu senapang patah jenis Remington 879 Express Magnum dan 81 butir peluru hidup.

Kesemua peralatan memburu itu bernilai RM10,810 dan disyaki digunakan untuk pemburuan haram di sekitar kawasan Hutan Simpan Kamasul Temerloh.

Keenam-enam suspek itu berumur lingkungan 35 hingga 61 tahun dan mereka dibawa ke Ibu Pejabat Derah (IPD) Temerloh termasuk barang rampasan untuk disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971.

Pasukan Gerakan Am akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan pemburuan haram dari terus berleluasa di dalam negara.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here