Home Buletin Semasa PGA RAMPAS PRODUK KOSMETIK DIANGGAR RM14,400 DISYAKI CUBA DISELUDUP

PGA RAMPAS PRODUK KOSMETIK DIANGGAR RM14,400 DISYAKI CUBA DISELUDUP

202
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

RANTAU PANJANG: 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas produk kosmetik yang dianggarkan bernilai RM14,400 dalam Op Taring Wawasan pada Selasa.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata produk kosmetik berkenaan ditemukan anggota Batalion (BN) 7 ketika melakukan rondaan di pangkalan haram Mok Yah, Bukit Lata pada pukul 3.00 pagi.

Beliau berkata anggota yang bertugas ternampak dua kotak ditinggalkan di kawasan pengkalan haram itu.

Hasil pemeriksaan mendapati kotak itu mengandungi produk kosmetik disyaki dari Thailand tanpa dokumen yang sah. Produk kosmetik ini dipercayai untuk diseludup masuk ke pasaran tempatan,”katanya dalam kenyataan semalam.

Menurutnya kes disiasat di bawah Seksyen 7(1)(a) Peraturan-peraturan Dadah dan Kosmetik 1984. Hasil rampasan dibawa ke Komtak Jeram Perdah untuk tindakan selanjutnya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here