Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
RANTAU PANJANG: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas pelbagai jenis makanan sejuk beku di pengkalan haram Lan Bundle, di sini, semalam.
Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid dalam kenyataan berkata dalam kejadian kira-kira jam 2.00 petang itu, Batalion 7 menemui beberapa bungkusan plastik hitam di pengkalan itu menerusi Op Taring Wawasan.
“Hasil pemerksaan mendapati 475 paket sosej Thailand berada dalam bungkusan tersebut disyaki diseludup dari Thailand.
“Anggaran rampasan bernilai RM19,000 dan diserahkan kepada Jabatan Kastam Rantau Panjang untuk tindakan selanjutnya,”katanya dalam kenyataan hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
IMedikel TV






