Home Buletin Semasa PGA RAMPAS LEBIH 3000 TANAMAN DISYAKI SELUDUP

PGA RAMPAS LEBIH 3000 TANAMAN DISYAKI SELUDUP

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

RANTAU PANJANG: Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 3000 tanaman hiasan 200 pasu sabut kelapadalam satu operasi yang dijalankan di jalan Kampung Lubok Setol ke Bukit Tandak, di sini, pada Khamis.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid dalam satu kenyataan, berkata rampasan itu dilakukan ketika anggota PGA menahan sebuah lori semasa menjalankan Op Taring Wawasan di kawasan terbabit.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 3000 anak pokok orkid dan 200 pasu sabut kelapa ditemui di dalam lori tersebut dan disyaki mempunyai serangga perosak dan penyakit.

“Pemandu seorang lelaki melayu berumur 29 tahun gagal menunjukkan sebarang dokumen berkaitan tanaman tersebut dan disyaki diseludup dari Thailand,”katanya.

Menurutnya anggaran nilai rampasan bernilai RM1.65 juta termasuk lori dan kes disiasat di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta167) Seksyen 5.

“Suspek dan barang rampasan diserahkan kepada pihak berkuasa berkaitan untuk tindakan lanjut,”katanya.

Pasukan Gerakan Am akan terus mempergiatkan usaha bagi memastikan tanaman di Malaysia bebas dari serangga perosak dan penyakit.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here