Home Buletin Semasa PGA RAMPAS LEBIH 100 KG DAUN KETUM

PGA RAMPAS LEBIH 100 KG DAUN KETUM

404
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KUANTAN: Pasukan Gerakan Am (PGA) mematahkan kegiatan pengedaran ketum selepas merampas 163.45 kilogram (kg) daun ketum dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Padang 2, di sini, jam 6.30 pagi semalam.

Menurut kenyataan PGA, serbuan menerusi Op Taring Mitra itu turut menemui 796 bungkus air ketum yang telah diproses, dianggarkan berjumlah 636.8 liter.

“Tiga lelaki tempatan berusia antara 41 hingga 57 tahun turut ditahan bersama tiga unit telefon bimbit dan pelbagai peralatan memproses serta menyimpan ketum,” menurut kenyataan itu.

Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM30,142 dan kesemua barangan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here