Home Buletin Semasa LEBIH 1,500 PESERTA SERTAI PINK WALK, PERKUKUH KESEDARAN KANSER PAYUDARA

LEBIH 1,500 PESERTA SERTAI PINK WALK, PERKUKUH KESEDARAN KANSER PAYUDARA

374
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

BACHOK: Lebih 1,500 peserta termasuk 100 pesakit kanser payudara dari seluruh negara menyertai Program Pink Walk 2025 yang diadakan di Pantai Irama, di sini, hari ini.

Program edisi kelapan anjuran Yayasan Kaseh Kanser dan Kronik (YKKK) itu bertujuan memperkukuh kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pemeriksaan awal serta memberi sokongan moral kepada pesakit kanser payudara.

Pengerusi merangkap Pengasas YKKK, Datuk Dr Imi Sairi Ab Hadi, berkata penganjuran program tersebut bukan sekadar aktiviti riadah atau simbolik, sebaliknya berfungsi sebagai platform pendidikan, kesedaran dan solidariti kepada pesakit serta keluarga mereka.

“Kanser bukan sahaja menyerang tubuh, tetapi turut memberi kesan kepada jiwa, keluarga dan komuniti.

“Kehadiran para ‘survivors’ mengingatkan kita bahawa kehidupan boleh diteruskan dengan semangat dan sokongan padu.

“YKKK komited memastikan pesakit mendapat bantuan fizikal, psikologi, sosial dan kewangan melalui jaringan komuniti serta organisasi kesihatan,” katanya kepada pemberita selepas Program Pibk Walk 2025, di Pantai Irama, di sini, hari ini.

Menurut beliau, program itu juga menjadi titik tolak kepada transformasi diri dan komuniti dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan pemeriksaan payudara secara berkala dan saringan awal kanser.

Majlis perasmian disempurnakan Tengku Puan Temenggong Kelantan, Puan Sri Tunku Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, yang juga Pengasas Yayasan Noor Al Syakur (YANAS).

Hadir sama Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Rohani Ibrahim, serta Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin.

Program tersebut mendapat kerjasama daripada JKNK, Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kerajaan Negeri Kelantan, Persatuan Hospis Kelantan, dan Kelab Kanser Payudara Kelantan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here