Home Buletin Semasa PGA RAMPAS LEBIH 1 JUTA BATANG ROKOK SELUDUP

PGA RAMPAS LEBIH 1 JUTA BATANG ROKOK SELUDUP

350
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

TUMPAT: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 1,137,400 batang rokok putih membabitkan nilai keseluruhan RM2.12 juta ketika serbuan di tiga lokasi berasingan di sini pada 6 hingga 8 Julai lalu.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, Batalion 8 PGA melakukan serbuan itu menerusi Op Taring Alpha 1 antara jam 10.45 malam hingga 3.30 petang di Jeti Kampung Kuala Tanjung, Kampung Morak dan Pantai Getting.

“Ketika serbuan di Kampung Morak, seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun ditahan kerana dipercayai diupah menjadi penghantar rokok ke lokasi yang ditetapkan.

“Manakala, tiada tangkapan di dua lokasi lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semua barang rampasan akan disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(d) dan 135 (1)(e) Akta Kastam 1967 selepas diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here