Home Buletin Semasa PGA RAMPAS 500 BALAK BERNILAI RM 1 JUTA

PGA RAMPAS 500 BALAK BERNILAI RM 1 JUTA

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

GUA MUSANG: Pasukan Gerakan AM (PGA) merampas 500 batang balak dan mesin jentera memproses kayu bernilai RM1 juta di Sungai Sa, Paloh, di sini, pada Ahad.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, dalam satu kenyataan berkata dalam kejadian kira-kira jam 4.00 petang semasa menjalani Ops Bersepadu Khazanah, Batalion 8 turut menahan tiga lelaki disyaki penghantar hasil hutan tersebut.

“Batalion 8 berjaya merampas hasil hutan yang didapati secara haram apabila menyerbu sebuah kawasan di pintu gerbang, Sungai Sam, di sini.

“Semasa pasukan polis tiba di lokasi, kelihatan tiga lelaki tempatan sedang mengumpul hasil hutan yang telah diproses.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat lebih 500 batang balak dan kayu yang sudah dipotong dan semua suspek gagal menunjukkan sebarang permit atau lesen dari Jabatan Perhutanan,”katanya.

Menurutnya semua suspek berumur 28 hingga 52 tahun itu gagal menunjukkan sebarang permit atau lesen dari Jabatan Perhutanan.

Mereka dipercayai menjadi penghantar hasil hutan tersebut untuk dijual ke pasaran tempatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 3(2) Enakmen Industri Berasaskan Kayu 1985. Barang rampasan dibawa ke Balai Polis Paloh dan Jabatan Perhutanan Kota Bharu untuk tindakan selanjutnya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here