Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
KUALA TERENGGANU: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 280 bungkus air ketum dan 10 ekor burung murai batu bernilai RM 371,240 dalam kejadian di Kampung Jalan Kepong, di sini, pada Rabu.
Menurut ciapan Facebook PGA, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu dua lelaki masing-masing berumur 27 dan 34 tahun turut ditahan.
Tangkapan dan rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota BN 9 PGA apabila menyerbu sebuah rumah disyaki tempat memproses air ketum di Op Taring Mitra di sini.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 280 bungkus air ketum, 15 kg daun ketum dan pelbagai peralatan proses ketum ditemui di dapur rumah tersebut.
Pemeriksaan di ruang tamu pula menemui 10 ekor burung jenis murai batu tanpa permit pemilikan yang sah.
Kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Sek 60 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010. Suspek dan barang rampasan di bawa ke IPD Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.
IMedikel TV






