Home Buletin Semasa AMARAN RIBUT PETIR DI EMPAT NEGERI – METMALAYSIA

AMARAN RIBUT PETIR DI EMPAT NEGERI – METMALAYSIA

116
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KUALA LUMPUR: Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri iaitu Perak, Kelantan, Terengganu dan Sabah pada jam 9 pagi, hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, beberapa daerah di Kelantan yang terlibat termasuk Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang manakala Sabah melibatkan Tawau dan Semporna.

Perak dan Terengganu pula membabitkan kawasan Hulu iaitu Hulu Perak dan Hulu Terengganu.

“Amaran ini dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi satu jam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu keluaran amaran,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, kesemua amaran tersebut dijangka berlaku sehingga jam 12 tengah hari, hari ini.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here