Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
TUMPAT: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 2000 karton rokok putih termasuk dua kenderaan bernilai RM510,000 dalam serbuan di Jalan Tanjong Kuala dan Hulu Pasar, di sini, semalam.
Serbuan sekitar jam 11.30 malam itu dilakukan sepasukan anggota Batalion (BN) 8 menerusi Ops Taring Wawasan.
Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid memaklumkan, rokok tersebut ditemui dalam dua kenderaan yang tidak berkunci ditinggalkan di tepi jalan.
“Hasil pemeriksaan mendapatii rokok tersebut dusyaki diseludup masuk ke pasaran tempatan.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Nik Ros Azhan berkata barangan rampasan itu dibawa ke Balai Polis Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya.
IMedikel TV






