Home Buletin Semasa PGA RAMPAS 129 HELAI SELUAR JEANS DIPERCAYAI DISELUDUP DARI THAILAND

PGA RAMPAS 129 HELAI SELUAR JEANS DIPERCAYAI DISELUDUP DARI THAILAND

175
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

RANTAU PANJANG: Kegiatan penyeludupan pakaian yang dikesan di Pengkalan Haram Pok Mat, di sini, tumpas dalam Op Taring Wawasan, pada Khamis.

Menurut Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, sepasukan anggota Batalion (BN) 8 PGA ternampak sebuah kenderaan jenis Naza Citra yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat beberapa bungkusan mengandungi 129 helai seluar jeans yang dipercayai diseludup dari Thailand ditemui di dalam kenderaan tersebut tanpa dokumen yang sah.

“Namun suspek melarikan diri dan meninggalkan kenderaan setelah menyedari kehd=adiran pihak berkuasa. Anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM19,350,”katanya dalam kenyataan, pada Khamis.

Menurutnya kes disiasat di bawah Sek. 135(1)(d) Akta Kastam 1967. Suspek dan barang rampasan dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan selanjutnya.

“Kami akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara,”katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here