Home Buletin Semasa PGA PATAHKAN CUBAAN EDAR DADAH, PIL YABA

PGA PATAHKAN CUBAAN EDAR DADAH, PIL YABA

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) mematahkan cubaan pengedaran dadah di Kampung Padang Kala, Melor, dalam serbuan, di sini pada jam 10 malam, kelmarin.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid dalam kenyataan berkata, turut menahan seorang lelaki yang berada di dalam sebuah bilik di rumah yang tidak bernombor, dalam Op Taring Sky, di sini.

“Pemeriksaan mendapati lelaki terbabit memegang satu bungkusan mengandungi dadah jenis ganja seberat 1003 gram.

“PGA juga menemui tiga biji pil yaba yang disorokkan di dalam kotak rokok di dalam bilik tersebut,” katanya dalam kenyataan, pada Selasa.

Beliau berkata, kesemua barangan rampasan yang bernilai RM3,100 itu dipercayai untuk diedar ke pasaran tempatan.

Kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 39B, 12 (2) dan 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Bharu untuk tindakan selanjutnya.

“PGA terus mempergiat usaha bagi mengekang kegiatan pengedaran dadah dari terus berleluasa di sempadan negara,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here