Home Buletin Semasa PGA KELANTAN TAHAN LELAKI DIPERCAYAI CUBA SELUDUP ROKOK

PGA KELANTAN TAHAN LELAKI DIPERCAYAI CUBA SELUDUP ROKOK

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PENGKALAN CHEPA: Seorang lelaki ditahan dipercayai menjadi pengedar rokok seludup ke pasaran tempatan, di Kampung Pengkalan Nangka, di sini.

Penahanan itu dilakukan sepasukan anggota Batalion (BN) 8 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara kira-kira jam 9.25 malam dalam Op Kontraban di sebuah premis atas maklumat penyeludupan rokok.

Menurut ciapan Facebooknya, hasil pemeriksaan mendapati lebih 112,000 batang rokok putih bernilai RM123,222 dan lebih 8,800 rokok kretek bernilai RM10,648 ditemui di dalam stor sebelah premis tersebut.

Suspek berumur 43 tahun itu disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967. Suspek dan barang rampasan diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu untuk tindakan selanjutnya.

Pasukan Gerakan Am akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.

IMedikel TV



LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here