Home Sukan PETINJU TANZANIA HILANG NYAWA

PETINJU TANZANIA HILANG NYAWA

LONDON: Jaguh tinju Tanzania Hassan Mgaya meninggal dunia pada usia 29 tahun, menurut WBC kelmarin.

Mgaya menghembuskan nafas terakhir di hospital beberapa hari selepas tewas di tangan Paul Elias.

Petinju super-lightweight Tanzania itu menentang Elias di ibu kota negaranya Dar-Es-Salaam pada 27 Disember lalu.

Selepas tewas menerusi KO, dia dibawa ke Hospital Palestin di Sinza, Tanzania tetapi kemudiannya dipindahkan ke Hospital Mwananyamala namun disahkan meninggal dunia pada 30 Disember.

Kenyataan WBC berkata: “Jaguh tinju profesional Tanzania Hassan Mgaya meninggal dunia pada 30 Disember susulan kecederaan dialami ketika tewas dengan knockout (KO) pada 27 Disember.

“Mgaya dibawa ke Hospital Palestin di Sinza, Tanzania sebelum dipindahkan ke Hospital Mwananyamala di mana dia menghabiskan detik terakhirnya.

“Seluruh keluarga WBC dan Presiden Mauricio Sulaiman mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakannya di atas kehilangan juara kita.”

Setiausaha Suruhanjaya Tinju Tanzania Nsajigwa Mwangamilo turut memberi penghormatan kepada Mgaya.

Mgaya memegang rekod profesional 3-3-2 dan pertarungannya dengan Elias adalah yang keempatnya tahun lalu. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here