Home Luar Negara PESAWAT PERANG AS SERANG SASARAN HOUTHI DI YAMAN – PENTAGON

PESAWAT PERANG AS SERANG SASARAN HOUTHI DI YAMAN – PENTAGON

187
0

WASHINGTON: Pesawat peperangan Amerika Syarikat (AS) melancarkan beberapa serangan semalam, ke atas kemudahan penyimpanan senjata canggih yang dikuasai Houthi di Yaman, menurut Pentagon.

Kemudahan-kemudahan itu mengandungi pelbagai senjata yang digunakan untuk menyerang kapal tentera dan awam yang melalui perairan antarabangsa sekitar Laut Merah serta Teluk Aden, menurut maklumat yang diberikan kepada AFP oleh Pentagon.

Rangkaian televisyen Al Masirah yang dikendalikan Houthi melaporkan tiga serangan dari AS dan Britain yang menyasarkan daerah Al Sabeen di selatan ibu kota Sanaa.

“Saksi berkata mereka terdengar bunyi penerbangan yang kuat diikuti dengan letupan di beberapa bahagian ibu kota Sanaa,” lapor Al Masirah.

AS dan Britain berulang kali menyerang sasaran Houthi di Yaman sejak Januari sebagai tindak balas terhadap serangan oleh pemberontak ke atas kapal-kapal dagang di Laut Merah dan Teluk Aden.

Pemberontak mendakwa serangan itu, yang mengganggu lalu lintas maritim di laluan perairan penting secara global, menyasarkan kapal yang mempunyai kaitan dengan Israel dan bertujuan untuk menunjukkan solidariti dengan Palestin semasa perang Gaza.

Serangan-serangan itu mengganggu laluan Laut Merah yang menjadui laluan membawa 12 peratus perdagangan global.

Dalam lebih 100 serangan Houthi sepanjang hampir setahun, empat kelasi terbunuh dan dua kapal tenggelam, manakala satu kapal bersama anak kapal masih ditahan sejak dirampas pada November lalu.

Serangan semalam berlaku tiga hari selepas pemimpin Houthi, Abdul Malik al-Huthi mengkritik presiden baharu AS, Donald Trump, kerana menyokong Israel.

Huthi berkata, perjanjian normalisasi antara negara-negara Arab dan Israel yang dirunding oleh Trump gagal untuk menamatkan konflik di Asia Barat dan beliau akan gagal sekali lagi dalam penggal kedua selaku Presiden AS. – AFP, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here