Home Buletin Semasa PERUNTUKAN RM8.2 JUTA INSENTIF KEPADA PELAJAR CEMERLANG

PERUNTUKAN RM8.2 JUTA INSENTIF KEPADA PELAJAR CEMERLANG

229
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan memperuntukkan lebih RM8.2 juta insentif tunai kepada 16,507 pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) sejak 2006 hingga tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi Negeri Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat berkata, jumlah pelajar cemerlang pada tahun lepas adalah paling tinggi sebanyak 1,205 orang dan kesemua mereka mendapat RM500 setiap seorang.

“Sempena majlis penyampaian sumbangan kecemerlangan pelajar 2.0 bagi tahun 2024 ini, kita menyampaikan anugerah kecemerlangan kepada pelajar dan beberapa sumbangan kepada peljar yang akan melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

“Sejak insentif tersebut diperkenalkan pada tahun 2006, kit dapati jumlah pelajar cemerlang pada tahun lepas adalah yang paling tinggi melibatkan peruntukkan sebanyak RM543,00,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan STPM 2023 Kerajaan Negeri Kelantan dan Sumbangan ke IPT 2024 Sumbangan Kelantan Utilities Mubaarakan (KUM) & Indah Water Konsortium (IWK), di Dewan Yayasan Islam Kelantan (YIK) di sini, hari ini.

Tambahnya, mereka yang menerima insentif itu adalah dari kalangan pelajar yang mendapat keputusan minimum 9A SPM, mumtaz dalam peperiksaan STAM dan minimum 4A atau PNGK 4.0 dalam STPM.

Selain itu, KUM dan IWK turut memberi sumbangan sebanyak RM200 terhadap 100 orang pelajar B40 yang bakal melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

“Jadi kalau kita tengok di IPTA pun sekarang ini paling ramai pelajar dari Kelantan, dari luar negara juga ramai kerana sistem pendidikan kita adalah serampan dua mata, dari segi kokurikulum kebangsaan dan arab pun kita boleh,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here