KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong enggan mengulas mengenai
Memetik laporan Berita Harian, kenyataan Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung pertemuan antara parti tu dengan Perikatan Nasional (PN).
Ka Siong berkata, soalan itu sepatutnya ditujukan kepada Mohamed Azmin yang membuat kenyataan berkenaan, bukan kepada beliau.
“Anda tanyalah beliau. Kenapa tanya saya?
“Saya pun tidak mahu ambil kira beliau jumpa siapa,” katanya pada sidang media di sini, pada Rabu.
Media sebelum ini, melaporkan Mohamed Azmin Ali mengakui pernah mengadakan pertemuan dan perbincangan secara tidak rasmi dengan parti komponen Barisan Nasional (BN), iaitu MCA serta MIC berhubung penyertaan mereka dalam PN.
Mohamed Azmin berkata, pertemuan itu adalah satu permulaan yang baik apabila kedua-dua pihak bersedia untuk mengadakan perbincangan bersama.
Pada masa sama, Ka Siong berkata, buat masa ini beliau belum bersedia untuk bercakap mengenai kedudukan MCA dalam BN.
Katanya, perkara itu akan dijelaskan apabila beliau sudah bersedia, dalam satu sesi dengan media.
“Biarlah. Saya aturkan nanti. Bila saya bersedia, saya akan panggil semua,” katanya. – BH Online –
IMedikel TV






