Home Luar Negara PERSIAPAN MUSIM HAJI 2023 SELESAI SEPENUHNYA – PERBANDARAN MADINAH

PERSIAPAN MUSIM HAJI 2023 SELESAI SEPENUHNYA – PERBANDARAN MADINAH

129
0

RIYADH: Pihak berkuasa Madinah bersedia sepenuhnya untuk pelancaran pelan operasi bagi musim haji 2023 yang bermatlamat menyediakan perkhidmatan terbaik kepada jemaah haji, lapor Saudi Press Agency semalam.

Pihak perbandaran itu berkata, mereka sudah mengupah lebih 9,900 orang dan menyediakan lebih 800 peralatan bagi membantu mengawal dan meningkatkan kualiti serta keselamatan makanan.

Ia termasuk memantau pasar, pusat komersial, kafe, restoran dan dapur katering.

Selain itu, pemantauan di stesen minyak, pusat servis di lebuh raya serta kedai gunting rambut, salun kecantikan dan penjual jalanan untuk memastikan tahap kebersihan dan sanitasi alam sekitar berada pada tahap yang tinggi melalui pembersihan dan pensterilan berterusan.

Pihak berkuasa berkata, pelan operasi mereka tertumpu kepada pusat bandar, kawasan perumahan, masjid dan kawasan sekitarnya, tapak bersejarah Islam serta pasar.

Januari lalu, Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Tawfiq Al-Rabiah, mengumumkan jumlah jemaah yang akan menunaikan haji pada tahun ini akan kembali seperti biasa seperti tahap pra pandemik.

Selain itu, beliau berkata, ibadah haji tahun ini juga akan berlangsung tanpa ada sekatan umur.

Sumber BH Online & AGENSI

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here