Home Hiburan PERBEZAAN GENERASI TIDAK PERLU DIJADIKAN ISU – ARABELLA ELLEN

PERBEZAAN GENERASI TIDAK PERLU DIJADIKAN ISU – ARABELLA ELLEN

33
0

KUALA LUMPUR: Ketika ada pihak menjadikan perbezaan generasi sebagai isu dalam meniti kehidupan, pelakon meningkat naik, Arabella Ellen, 21, memilih jalan tengah dengan menyifatkan setiap individu memiliki perbezaan dan kemampuan tersendiri.

Memetik laporan Harian Metro, Arabella atau nama lengkap, Arabella Ellen Mohd John Yahya Robert Nelson memberi pandangan bahawa perbezaan generasi tidak perlu dijadikan isu, sebaliknya, setiap kelainan perlu dirai dan boleh diselesaikan dengan cara baik.

“Kenapa hendak bergaduh mengenai perkara itu kerana ini semua boleh dibawa berbincang. Tetapi, saya fikir semua orang ada personaliti masing-masing.

“Namun, bagi saya, perbandingan itu adalah perkara biasa, malah ia bukan isu besar. Saya lebih memilih untuk buat hal sendiri dan tak masuk campur dengan urusan orang lain,” katanya ditemui pada pertunjukan fesyen Jakel Raya 2026 di Jakel Mall di sini, baru-baru ini.

Pada majlis itu, Arabella diumumkan sebagai duta koleksi raya jenama tekstil dan fesyen berkenaan yang mewakili ‘Gen-Z’.

Bintang drama Kelas Tahanan Cikgu Hiragi dan Generasi: Perfect 10 ini berkata, anak muda dalam kelompok Gen-Z masih mencari ruang dalam dunia pekerjaan yang dianggap penuh cabaran.

Jelas naib juara program pencarian bakat, Dewi Remaja edisi 2023 itu, setiap individu juga perlu diberi peluang untuk beradaptasi dengan kehidupan dewasa.

“Saya fikir ada ramai ‘Gen Z’ yang hendak kerja. Dunia itu kasar dan bila mereka tak dapat apa yang mereka mahukan, perkara itu akan buat mereka sedih.

“Mereka masih belajar dan mencari jalan dalam kehidupan mereka pada umur kian meningkat. Ini bukanlah perkara yang mudah,” katanya.

Mengulas perkembangan kerjayanya setakat ini, Arabella bersyukur dengan apa yang sudah dikecapi pada peringkat usia sekarang.

“Saya bersyukur apabila perkembangan kerjaya seni saya boleh dikatakan agak laju. Ada banyak perkara tidak dijangka yang berlaku kepada saya. Saya sejujurnya terkejut kerana tak sangka apa dikecapi ini di luar jangkaan.

“Apa pun bila semua ini hadir, saya sangat gembira dan bersyukur. Saya baru berusia 21 tahun ini, masih muda dan panjang lagi perjalanan saya,” katanya. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here