TEHRAN: Iran antara pasukan terbaru layak ke pusingan akhir Piala Dunia tahun depan, tetapi negara Asia itu mungkin tidak dapat menyertainya.
Iran mengesahkan tempat di Piala Dunia 2026 selepas seri 2-2 menentang Uzbekistan pada Isnin, hasil jaringan penyerang Inter Milan, Mehdi Taremi.
Ia bakal menjadi penampilan keempat berturut-turut Iran di Piala Dunia dan ketujuh keseluruhan.
Bagaimanapun penyertaan mereka di kejohanan yang akan berlangsung di Amerika Syarikat (AS), Mexico dan Kanada itu menimbulkan tanda tanya susulan sekatan perjalanan dikenakan AS ke atas Iran.
Pentadbiran Presiden Donald Trump mencadangkan senarai 41 negara yang dikenakan sekatan perjalanan ke AS, dan Iran antara sasaran utama selain Korea Utara, Yaman dan Syria.
Beberapa negara lagi yang bakal layak juga mungkin akan senasib Iran. Antaranya
Cameroon, Sudan, Burkina Faso, Cape Verde, DR Congo dan Venezuela yang masih di peringkat kelayakan. – AGENSI, BH Online –
IMedikel TV






